Kuantan

Latar Belakang ASSBFK

Selepas kejayaan menubuhkan ASBFKL, FELDA telah menubuhkan Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang pada tahun 1978 yang kemudiannya telah ditukar kepada Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK). ASSBFK beralamat di Jalan Haji Abu Bakar, 25050 Kuantan, Pahang dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama dengan dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Asrama.Pembangunan ASSBFK diteruskan dengan visi dan misi yang sama iaitu visi menjadikan Asrama Semai Bakti FELDA sebagai salah satu pusat pembelajaran yang melahirkan generasi FELDA yang berpendidikan, setanding dengan masyarakat luar. Manakala, misi Asrama Semai Bakti FELDA ialah berusaha melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan berhemah tinggi serta memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui permuafakatan dan usaha gigih di kalangan petugas dan warga asrama. Sepertimana ASBFKL, ASSBK juga menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran serta aktiviti luar kelas kepada pelajar-pelajarnya. Bas juga disediakan untuk pengangkutan pelajar pergi dan balik daripada sekolah.

Senarai Sekolah ASSBFK

  • SMK Alor Akar
  • SMK Tok Sera
  • SMK Abdul Rahmah Talib
  • SMK Sultan Abu Bakar

Pengetua ASSBFK

Encik Suhardi Bin Abdullah

Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan Jalan Haji Abu Bakar, 25050 Kuantan, Pahang

09-5147755 / 09-5148532 (FAX)

%d bloggers like this: