Latar Belakang ASBFKL

Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL) adalah asrama FELDA yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1975. Permulaan kemasukan dengan jumlah pelajar seramai 51 orang, ASBFKL ditubuhkan bertujuan utama untuk memberi peluang kepada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di rancangan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih terjamin dan berterusan serta berdaya maju dalam bidang akademik,jasmani rohani untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di bandar.ASBFKL kini terletak di Jalan AU 2C, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama. Sehingga kini, tawaran penempatan pelajar di ketiga-tiga buah Asrama Semai Bakti FELDA telah dibuka kepada anak/cucu Peneroka dan anak kakitangan kumpulan FELDA.
Senarai Sekolah ASBFKL
- SMK Convent Bukit Nenas
- SMK Aminuddin Baki
- SMK Victoria Institution
- SMK (P) Bandaraya
- SMK Seri Bintang Selatan
Pengetua ASBFKL
Encik Muhammad Zulhilmi Md Noor
Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur Jalan Au 2c, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur (Telah berpindah ke penempatan semantara di Anjung FELDA, Jalan Maktab Kampung Datuk Keramat 54000, Kuala Lumpur) berikutan bangunan sedia ada ASBFKL dalam proses menaiktaraf.
